Saturday, January 12, 2008

maTi peNyiaRaN

Tanggal 14hb Januari 2008, jam 830 pagi; maka termaktublah dalam sejarah insan marhaen yang kerdil bernama Mamat mendaftar di Maktab Perguruan Sultan Mizan Besut, Terengganu.

"Mamat nak jadi che gu?"...bentak kenalan dekat si Mamat.

Seakan terkejut puak puak Mamat bila mengetahui beliau akan menjadi seorang che gu. Mana ke taknya, bukankah si Mamat tu terkenal dengan perangai dia yang serba tak formal?

Mamat yang mengenakan pakaian harian beliau dengan menyarung t-shirt berkolar bulat, berseluar jeans lusuh dan berkasut sporty. Itu belum di kira rupa paras Mamat lagi yang kadang - kadang seiras mat mat Indonesia(maaf perkataan Indon dah tak boleh diguna pakai lagi)yang bekerja buruh binaan dan kadang - kadang seperti anak anak muda yang tak ada segulung ijazah dalam genggaman. Andaikata Mamat rambutnya bersikat tepi rapi dan kemas, berkemeja lengan panjang serta mengenakan tali leher, berseluar dan bersepatu pejabat...maka pasti gegak gempita hidupan yang wujud disekitar Mamat.

Kalau ditanya si Mamat, "betul ke engkau nak jadi che gu?..." Jangan harapla bibir Mamat akan mengukir secebis senyuman manis. Pasti di muncungnya seperti ikan flower horn, mencuka tanda tak suka.

"5 tahun aku ambil jurusan penyiaran di universiti...5 tahun lepas grad aku buat kerja penyiaran...kenapa aku kena jadi che gu pula?" jerit suara hati si Mamat. Tapi tak diluah. Takut di dengar dek orang tua beliau.

Itulah sebabnya. Mamat risau orang tuanya tahu isi hati yang sebenar. Profesion che gu hanyalah pilihan orang tua beliau semata. Orang tua Mamat yang memang kedua duanya pesara che gu. Kalau ikutkan hati, hendak sahaja Mamat teruskan kerjaya yang beliau damba dan kasih iaitu bidang siaraya itu. Jadi che gu apa klassss...hari hari kena pergi mengajar dalam bilik yang bernama darjah itu. Hari hari kena menatap buku. Hari hari kena menulis. Hari hari kena menghadap papan hitam. Hari hari kena melayan karenah jadian manusia yang bernama murid. Hari hari orang akan panggil Mamat, Che gu Mat. MANA MUNGKIN?!!

Kadang - kadang terkeluar juga dalam benak Mamat untuk menidak endahkan saranan orang tua. Lari daripada kehidupan yang penuh kongkongan ini. Iya! Semua itu Mamat ingin lakukan semata mata untuk merealisasikan impian Mamat untuk menjadi manusia penyiaran yang berjaya. Kalau tidak berjaya sekalipun, sekurang - kurangnya Mamat puas dengan apa yang di lakukan.

Namun apabila di congak balik, niat itu mati. Congakan Mamat melayang mengenangkan keadaan kedua orang tua beliau terutamanya ibu beliau yang kian uzur. Hendaklah juga mereka melihat anak bongsu kesayangan mereka ini bergaji tetap seperti adik beradik Mamat yang lain yang kesemuanya bekerja pegawai gomen. Lagipun Mamat bukan budak budak lagi. Tanggal September 2008 Mamat dah berumur 29 tahun. Tidakkah dah tua tu untuk menjadi seorang separa penganggur? Sekonyong - konyong fikiran Mamat melayang teringatkan mata air Mamat yang bekerja di angkasapuri.

"Aduhh!!...aku lupa aku dah ada awek..." sentak Mamat.

Maka bertekadlah si Mamat untuk bersungguh - sungguh bekerja sebagai che gu sementelah wajah kekasih beliau muncul mundar mandir bergentayangan di benak fikiran Mamat.

"Penyiaran...AKU PERGI DULU!!" akhir tinta si Mamat.

3 comments:

Optimus Nazie said...

Whoever you are, u are the most important person in my life. U give me happiness, Thank you sayangku. Please do not regret for everything that happen

faizalmukhtar said...

aaaahhhh!!!

Pekin said...

nama kita same beb..asal pun sama..