Wednesday, January 9, 2008

keMaNduLaN iMpiaN

Hari ini che gu bertanya murid murid kesayangan beliau yang berusia dalam lingkungan 7 hingga 10 tahun..." Nanti besar esok...awak nak jadi apa? " Lalu kendengaran suara suara si cilik yang berbeza intonasinya melaung dengan bangga impian masing - masing yang ingin di realisasi 15 tahun akan datang...

" Saya mahu jadi polis che gu " kata si polan A.
" Saya mahu jadi doktor... " kata si polan B.
" Saya mahu jadi polis... " tegas si C.
" Saya mahu jadi seorang anggota polis " bilang si D bersungguh - sungguh.
" Saya nak jadi doktor che gu... " dan begitulah seterusnya sehingga sekian sekian.

Mungkin waktu itu usia membatas seseorang itu berfikir secara lebih luas,apakah impian mereka pada waktu mendatang nanti. Rata - rata mahu jadi polis,polis polis... Mungkin juga seorang dua mahu jadi seorang doktor. Namun usah marahkan si cilik kerana, Keterbatasan usia mewujudkan keterbatasan impian.

Sementelah si minah sudah pandai pakai lampin dan si mamat asyik bermimpi kebasahan, lalu bercambahlah keinginan sesorang itu untuk memasang impian masing - masing. Usahlah di tanya " Nanti besar esok...awak mahu jadi polis ke? " Mungkin waktu itu hanya Datin Seri Siti Nurhaliza sahaja yang akan menjawab YA!!. Namun yang selebihnya 'mungkin' menafikan impian yang di anggap impian hingusan itu.

Iya...waktu inilah impian kian memberontak. Waktu inilah impian itu muncul. Waktu inilah manusia berperang untuk mendakap erat impian itu. Ke sana ke mari di belek buku. Bermutala'ah secara gotong - royong. Soalan - soalan ramalan di kaji. Terpaksa membuat temujanji dengan para che gu. Hidup dalam jadual. Hasilnya...NAH!! AKU KE MENARA GADING...

Cuba kalian belek makalah makalah IPTA/IPTS atau buku UPU, unjukkan; adakah wujud jurusan kepolisian(doktor di kecualikan)? Tidak ada. Lalu " Impian kamu apa? "...

" Aku mahu jadi seorang Lawyer "...
" Aku mahu jadi seorang akauntan "...
" Aku mahu jadi ahli fotografi "...
" Aku mahu jadi pengarah drama/filem "...

Maka keluarlah senarai diploma diploma dan ijazah ijazah berkaitan daripada universiti - universiti lokal yang bermaustatin tetap di atas muka bumi Malaysia ini.

Lalu di pilih oleh si Mamat jurusan ijazah sarjana muda dengan kepujian komunikasi massa dalam bidang penyiaran. Kerana ketabsuban si Mamat sementelah umur beliau 14 tahun lagi; semenjak orang tua menghadiahkan beliau sebuah kamera video, lalu impian si Mamat adalah untuk berdiri sama tinggi dengan Dato' Yusoff Haslam dan duduk sama rendah dengan saudara Aziz M. Osman.

Dua tahun memerah minda di pusat matrikulasi, tiga tahun menyedok ilmu di fakulti utama. Akhirnya, menitis air mata bonda. Berkat doa ayahanda. Segulung ijazah dalam genggaman. Ijazah bukan sebarang ijazah. Dengan kepujian lagi.

" Jadi impian si Mamat mahu jadi apa? "
" Oh! Aku mahu menjadi seorang pengarah drama. Lebih bagus kalau aku dapat mengarah sebuah filem... "
" Tapi...engkau kena mula dari bawah. Sekurang - kurang kau kena jadi pecacai mereka terlebih dahulu "

Mamat tak kesah. Selagi impian itu dapat di kapai; hatta menjadi pembacuh kopi untuk stesen televisyen/syarikat produksi pun, Mamat rela.

Maka ke hulu ke hilir si Mamat menjaja ijazah beliau yang memang sah sah di perakui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Beratus - ratus resume di hantar ke stesen stesen televisyen dan produksi persendirian. Berpuluh - puluh Ringgit Malaysia secara tunai di habiskan bagi kos pembelian sampul surat dan setem. Tak terkira titisan peluh jantan si Mamat mengalir taktala mendaki anak - anak tangga syarikat produksi. Menepis rasa malu dengan merayu mana mana pihak untuk menerima beliau bekerja. Namun apakan daya, bukan saja pembacuh kopi susah nak dapat, jadi JAGA pun belum tentu lepas.

Lima tahun waktu berlalu. Pantas tahun berjalan tidak di sedari walau sedikit pun. Lalu di tanya si Mamat tentang ijazah beliau. Laku atau tidak? Kalau hendak di ikutkan hati, hendak di koyak koyaknya ijazah tersebut. Namun apabila di fikirkan keringat lepas lepas, niat itu mati.

" Jadi apa impian kamu? "

Impian? Haha...impian itu sudah lama mati. Yang menjadi kerisauan hanyalah masa depan yang belum jelas pasti.

Setelah memerah minda di pusat matrikulasi, tiga tahun menyedok ilmu di fakulti utama, beratus - ratus resume di hantar ke stesen stesen televisyen dan produksi persendirian, berpuluh - puluh Ringgit Malaysia secara tunai di habiskan bagi kos pembelian sampul surat dan setem, tak terkira titisan peluh mengalir taktala mendaki anak - anak tangga syarikat produksi. Hasilnya, titisan air mata sahaja yang berderai di pipi setiap malam sebelum tidur. Memikirkan hari esok yang belum pasti. Itu belum termasuk sindiran serta lelucon pedih ahli keluarga serta rakan - rakan terdekat. Oleh hal yang demikian, kerjanya hanya menangis, menangis dan menangis sahaja.

Akhirnya si Mamat akur. Impian orang tua beliau adalah untuk melihat beliau menjadi seorang Che gu. Dengan berat hati Mamat mendaftar secara online borang KPLI. Kementerian menjawab...Sila Hadir Ujian Bertulis. Mamat mengagahkan diri menghadiri ujian tersebut. Kalau di congak, sudah lama Mamat tidak menghadapi ujian bertulis. Penuh yakin Mamat rasa beliau akan gagal. Maklumlah, masih ada sekelumit rasa dalam hati Mamat untuk menjamah impian beliau sendiri. Namun Mamat bungkam. Kementerian beritahu...Anda LULUS Ujian. Sila Hadir Temuduga. Mamat TERpaksa pergi acara temuduga itu. Sementelah lima bulan berlalu, Kementerian dengan rasa sukacitanya ingin menjelaskan...ANDA LAYAK UNTUK MEMASUKI dot dot dot. Akhirnya impian orang tua Mamat tercapai...

Jadi...APA ITU IMPIAN?

Alangkah bagus kalau masa itu berputar semula. Sewaktu che gu bertanyakan murid murid kesayangan beliau yang berusia dalam lingkungan 7 hingga 10 tahun..." Nanti besar esok...awak nak jadi apa? "

" Saya mahu jadi Che gu, che gu... "

2 comments:

Optimus Nazie said...

Sayangku, thing comes for a reason... Inilah realti...

faizalmukhtar said...

aaahhhhhhh!!!!